Dunia

Rumah dibakar, isteri bekas PM meninggal dunia

Isteri bekas Perdana Menteri Nepal, Jhalanath Khanal, Rajyalaxmi Chitrakar, meninggal dunia selepas melecur teruk apabila rumahnya di kawasan mewah Dallu, Kathmandu, dibakar penunjuk perasaan.

Mangsa sempat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kirtipur dalam keadaan kritikal namun tidak dapat diselamatkan.

Kejadian tragis itu berlaku ketika demonstrasi besar-besaran oleh generasi muda Gen Z semakin ganas sehingga memaksa Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli, meletak jawatan.

Rusuhan yang bermula sejak 8 September 2025 tercetus susulan larangan kerajaan terhadap 26 platform media sosial utama, antaranya Facebook, Instagram, WhatsApp dan YouTube.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 19 maut dan lebih 500 orang cedera dalam kekacauan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker