
NIBONG TEBAL – Polis menyerbu sebuah rumah di Taman Tambun Permai yang dijadikan makmal memproses heroin, Selasa lalu.
Tiga lelaki, termasuk seorang warga Sri Lanka, ditahan bersama 1.1kg heroin, 30kg kafein serta pelbagai peralatan memproses dadah. Turut disita empat kenderaan bernilai RM134,500.
Polis percaya sindiket ini aktif sejak Januari lalu dengan dua suspek tempatan memiliki rekod jenayah lampau. Semua suspek berusia 25 hingga 46 tahun direman tujuh hari bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.