Uncategorized

Rumah tangga Faisal Halim dan isteri berakhir

Hubungan rumah tangga bintang Selangor, Faisal Halim, dengan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril, dipercayai berakhir selepas Nur Syazwani memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini.

Memetik laporan media tempatan, Faisal, 27, yang lebih dikenali sebagai Mickey, mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019 dan hasil perkongsian itu dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan.

Sepanjang enam tahun perkahwinan, Faisal mengukuhkan karier bola sepaknya bersama Selangor dengan 39 penampilan selain 32 kaps bersama skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Pemain itu sebelum ini turut berdepan ujian berat apabila menjadi mangsa simbahan asid pada Mei 2024 sehingga dirawat hampir tiga minggu di hospital.

Namun, kes tersebut diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) oleh Pejabat Peguam Negara pada Mei lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker