Malaysia

Rundingan tarif timbal balik dengan AS dilihat positif – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan rundingan berkaitan tarif timbal balas ke atas produk eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dilihat positif.

Kata Anwar, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah memberikan maklum balas yang menggalakkan selepas pertemuan mereka dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick.

Beliau menerima mesej daripada kedua-dua Menteri itu dan mereka kata pertemuan itu berjalan dengan sangat baik.

Sebelum ini, Anwar berkata perbincangan akan tertumpu kepada tiga perkara utama iaitu pengurangan kadar tarif semasa sebanyak 24 peratus, penghapusan halangan bukan tarif dan usaha menyeimbangkan semula imbangan dagangan antara Malaysia dan AS.

Eksport Malaysia ke AS akan berdepan tarif sebanyak 24 peratus, sekiranya tiada persetujuan dicapai sebelum tempoh penggantungan 90 hari tamat pada 8 Julai depan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker