Malaysia

RUU URA penting bagi elak Melayu terus merempat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 atau Urban Renewal Act (URA) perlu dilaksanakan bagi memastikan masyarakat Melayu, khususnya yang tinggal di bandar, tidak terus terpinggir dan hidup merempat.

Beliau menolak dakwaan bahawa RUU itu adalah strategi merampas hak orang Melayu, sebaliknya menegaskan ia sebahagian usaha kerajaan untuk membela kepentingan majoriti Melayu Bumiputera dalam pembangunan bandar.

Anwar berkata, pengalaman lalu menunjukkan projek pembangunan bandar yang pernah dilaksanakan berjaya menyediakan kediaman lebih baik kepada rakyat, justeru usaha sama perlu diteruskan agar jurang perumahan tidak semakin melebar.

Menjawab persoalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, beliau berkata kerajaan bersedia menimbangkan penyesuaian dalam draf undang-undang itu termasuk nilai ambang persetujuan penduduk, namun menegaskan proses pembaharuan bandar tidak boleh ditangguhkan.

Katanya, keutamaan kerajaan adalah memastikan perumahan bandar lebih selesa dan sesuai dengan keperluan semasa, sekali gus memberi manfaat kepada kebanyakan rakyat Malaysia yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker