RXZ Members 7.0 dapat peruntukan RM100,000 daripada kerajaan – PM

Kerajaan MADANI memperuntukkan awal sebanyak RM100,000 bagi menjayakan Program RXZ Members 7.0 yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu mencerminkan sokongan kerajaan terhadap industri permotoran tempatan serta memastikan kelancaran penganjuran.
Beliau memaklumkan kerajaan akan berbincang lanjut bersama pihak penganjur untuk menilai keperluan tambahan bagi melancarkan program yang dijangka menghimpunkan lebih 100,000 penunggang motosikal dari seluruh negara.
Demi keselamatan, Anwar turut mengarahkan Polis Diraja Malaysia menempatkan 600 pegawai dan anggota menerusi kawalan JSPT serta IPD Kuala Terengganu sepanjang acara berlangsung.