Sahabat berbilang kaum turut serta menari bersama pengantin India; Netizen puji!
Kuala Lumpur, Julai 8 – Sejak kelmarin satu video tular memaparkan tarian perempuan pengantin masuk yang menampilkan pengiring pengantin berbilang kaum sebagai sokongan, menarik perhatian orang ramai di media sosial.
Menerusi video 3 minit 46 saat, rakan-rakan pengantin yang terdiri daripada berbilang kaum, turut serta menari bersama-sama dengan pengantin dalam upacara perkahwinan mengikut tradisi orang India.
Persembahan itu difahamkan dilakukan di pintu masuk ke dewan perkahwinan tersebut, sejurus sebelum upacara mengikat tali ‘Thali’ mengikut adat perkahwinan orang India.
Susulan itu, video itu mengundang pelbagai komen positif daripada warga maya dan ada seorang pengguna bernama Lia berkomen, bahawa dia berasa gembira kerana rakannya yang beragama Islam turut menyokong pada hari besarnya.
Pada masa sama, ramai turut berkomen mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu itu, yang menarik perhatian orang ramai dengan tarian yang cukup menakjubkan.