Malaysia
Saifuddin beri laluan pada Nurul Izzah bertanding

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu.
Menurut Sin Chew Daily, keputusan itu diambil selepas perbincangan panjang bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden, namun beliau telah menarik diri selepas perbincangan lanjut.
Amirudin sebaliknya akan mempertahankan jawatan naib presiden dan dicalonkan oleh Nurul Izzah.
Sokongan yang diterima Nurul Izzah begitu padu dengan lebih 150 cabang PKR menyatakan persetujuan terhadap pencalonan beliau.