Malaysia
Saifuddin Cadang Permudahkan Proses Perhimpunan Aman

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, mencadangkan pindaan terhadap Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memudahkan proses mengadakan perhimpunan.
Beliau mencadangkan kawasan tertentu dijadikan lokasi rasmi perhimpunan tanpa perlu mendapatkan kebenaran pemilik lokasi, namun penganjur masih perlu memaklumkan pihak polis untuk kawalan keselamatan.
Cadangan ini timbul selepas perhimpunan anti-rasuah di Dataran Merdeka menghadapi isu keizinan lokasi. Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudian membenarkan perhimpunan diteruskan.
Saifuddin mempertahankan tindakan polis yang hanya mengikut peruntukan undang-undang dan menegaskan kerajaan komited mempertahankan hak berhimpun seperti termaktub dalam Perlembagaan.