HiburanMalaysia

Saiful Apek mengaku ditahan polis akibat pergaduhan

Pelawak terkenal, Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff mengesahkan dirinya adalah individu yang ditahan polis dalam video tular sejak Selasa.

Memetik laporan Berita Harian, Apek, 56, menjelaskan bahawa penahanannya berkaitan isu pergaduhan dan berjanji akan memberikan penjelasan penuh kemudian.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan seorang pelawak berbaju merah jambu yang menyerupai Apek ditahan oleh dua anggota polis, namun lokasi dan punca kejadian tidak dinyatakan.

Beliau pada masa sama meluahkan rasa kesal apabila isu sensasi seperti itu mudah tersebar, sedangkan kebaikan sering dipandang sepi.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak sahih dan mengelakkan membuat andaian tanpa fakta, sambil meminta doa agar segala urusannya dipermudahkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker