Sambutan Hari Kebangsaan:Anak pula sorak rasa bangga ibu bapa pesara polis masuk perarakan;Netizen tersentuh hati

Kuala Lumpur, Sept 2 – Sejak 31 Ogos lalu, banyak video tular selepas sambutan Hari Kebangsaan kali ke-67 yang berlangsung di Putrajaya, dan salah satu video yang menarik perhatian Telus ialah tindakan seorang anak sanggup menyorak, berasa bangga dengan kedua-dua orang tuanya yang turut serta menyertai perarakkan sambutan hari merdeka itu.
Perkongsian video oleh pengguna yang bernama Yayanatsumi, mendapat lebih 380,000 tontonan di TikTok dan lebih 25,000 suka.
Menerusi video 30 saat itu, wanita itu berasa amat bangga dengan kedua-dua orang tuanya yang dipercayai pesara Polis Diraja Malaysia turut serta mengikuti perarakan di Dataran Putrajaya pada hari sabtu yang lalu.
Sorakan wanita itu, membuat netizen rasa merinding kerana biasanya ibu bapa yang akan menyorak untuk anak mereka kalau menyertai acara perbarisan di sekolah, tetapi kali ini anak pula berasa bangga dengan jasa kedua-dua orang tuanya.
Ada juga komen berkata “aku nangis sebak sambil gelak, part jerit ayah okay tapi bila ibu, bergema otak,” kata seorang pengguna.
Pada masa sama, ramai komen memuji tindakan wanita itu kerana menghargai pekerjaan ibu bapa serta sudi hadir untuk menunjukkan sokongan kepada mereka yang patut dicontohi semua lapisan masyarakat.