Malaysia

Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 terima lebih 10,000 pengunjung

Lebih 10,000 warga kerja dari sektor awam dan swasta dijangka memeriahkan sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’, sambutan tahun ini menzahirkan pengiktirafan terhadap peranan penting pekerja sebagai tulang belakang negara.

Pada majlis itu, Perdana Menteri telah menyampaikan amanat khas, selain melancarkan inisiatif Kad Pekerja MADANI dan Aplikasi Telefon Pintar MyFutureJobs.

Anwar juga menyempurnakan penyampaian Anugerah Hari Pekerja bagi meraikan kecemerlangan pekerja, majikan, kesatuan serta pihak media termasuk dua kategori baharu yang diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia iaitu Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Atasan) dan Anugerah Media Terbaik (Agensi).

Sempena sambutan itu, pelbagai program turut diadakan antaranya sesi ceramah ringkas, Larian Hari Pekerja, Forum Perdana Ehwal Islam dan Karnival Kerjaya yang menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan yang berlangsung sejak Isnin lepas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker