Sambutan ‘Pride Month’ di Bangkok;lebih 200,000 hadir,PM Thailand rasmikan buat kali pertama dalam sejarah
Kuala Lumpur,Jun 4 -Thailand sambut ‘Pride Month’, lebih 200,000 hadir, PM rasmikan buat pertama kali dalam sejarah
Thailand menyambut ‘Pride Month’ bagi komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan Queer (LGBTQ+) dengan mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 1 Jun lalu, di Ibu Kotanya.
‘Pride Month’ akan disambut sepanjang bulan Jun di merata-rata dunia yang mengiktiraf komuniti tersebut dan Thailand juga bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk mengiktiraf perkahwinan kesaksamaan LGBTQ+.
Sementara itu, media Thailand laporkan, lebih 200,000 orang menyertai perarakan itu, di sepanjang Jalan Rama 1 yang sibuk di Bangkok dimana perarakan itu dihoskan oleh ‘Bangkok Pride dan The Bangkok Metropolitan Administration (BMA)’ dengan kerjasama pelbagai sektor awam dan swasta.
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin hadir bagi merasmikan perarakan kebanggaan negara itu buat kali pertama dalam sejarah Thailand, untuk seorang Perdana Menteri menyertai Perarakan LGBTQ+.