Malaysia

Saravanan, Rayer desak tindakan tegas terhadap Zamri Vinoth

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, mengecam pendakwah bebas Zamri Vinoth kerana mengeluarkan kenyataan menghina upacara kavadi yang diamalkan penganut Hindu.

Beliau menyifatkan kenyataan Zamri sebagai biadab dan menyentuh sensitiviti masyarakat Hindu, bertentangan dengan prinsip kerajaan Madani dalam isu 3R.

Saravanan turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap Zamri, menegaskan bahawa ini bukan kali pertama pendakwah tersebut menghina agama Hindu.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, telah membuat laporan polis terhadap Zamri atas kenyataannya yang bukan sahaja mempersendakan Thaipusam, tetapi juga mengaitkannya dengan kematian anggota bomba, Muhammad Adib.

Rayer mendakwa tindakan Zamri adalah cubaan untuk mencetuskan ketegangan kaum dan menggesa pihak berkuasa bertindak segera agar beliau dikenakan tindakan undang-undang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker