Malaysia

Saravanan tetapkan 23 Mac untuk debat umum selepas mencabar Zamri Vinoth

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, telah menetapkan 23 Mac jam 11 pagi sebagai tarikh untuk debat umum dengan Zamri Vinoth, selepas mencabarnya untuk berdepan secara terbuka. Debat ini akan dianjurkan oleh Majlis Bahasa Tamil Malaysia.

Saravanan sebelum ini mencabar Zamri untuk berdebat setelah penceramah kontroversi itu didakwa menghina amalan keagamaan masyarakat Hindu, khususnya laungan ‘Vel Vel’ ketika Thaipusam, dengan mendakwa ia sebagai tarian kerasukan atau akibat mabuk.

“Pilih lokasi di Kuala Lumpur, saya akan hadir,” kata Saravanan dalam satu hantaran di Facebook, menegaskan bahawa Zamri harus bertanggungjawab terhadap kenyataannya dan berani mempertahankannya dalam forum terbuka.

Sekiranya debat ini berlangsung, ia dijangka menjadi satu perbincangan panas yang akan disaksikan oleh pemimpin daripada pelbagai pihak.

Zamri sebelum ini telah beberapa kali mencetuskan kemarahan masyarakat Hindu dengan kenyataan-kenyataannya yang didakwa bersifat menghina.

Dalam perkembangan terkini, beliau juga dikaitkan dengan kontroversi video penyampai Era FM yang memperlekehkan laungan ‘Vel Vel’, yang telah mencetuskan kecaman meluas dalam kalangan penganut Hindu.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker