Dunia
Saudi Aramco temui 14 lokasi minyak, gas

Syarikat minyak terbesar dunia, Saudi Aramco menemui 14 lokasi baharu minyak dan gas di Wilayah Timur dan Kawasan Empty Quarter.
Menurut laporan Reuters, penemuan itu merangkumi enam medan minyak, dua takungan minyak, dua medan gas asli dan empat takungan gas asli.
Penemuan itu dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi, memperkukuh keupayaan Arab Saudi untuk memenuhi permintaan tenaga domestik dan antarabangsa dengan cekap.
Selain itu, ia juga bantu memacu Aramco sebagai peneraju tenaga global selain menyokong matlamat kelestarian jangka panjang.