Saya bangga lagu saya dimainkan oleh ‘Juventus’ – Zubir Khan
Kuala Lumpur, Julai 6 – “Saya berasa bangga apabila Juventus iaitu kelab bola sepak yang terkenal dari Itali, mengambil lagu saya bertajuk Yennode Macha, untuk dimainkan di Tik Tok rasmi mereka,” kata Muhmmad Zubir Mohamad Ali, atau lebih dikenali sebagai Zubir Khan ketika ditemu bual eksklusif bersama wartawan Telus
Anak kelahiran selangor itu, berkata, beliau mula menyanyi lagu Tamil sejak tahun 2018 dan tidak sangka lagu Yennode Macha bukan sahaja diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia, malah turut mendapat sambutan baik di peringkat antarabangsa.
Zubir Khan yang berusia 24 tahun, berkongsikan pengalaman beliau memasuki industri ini, kerana pada awalnya beliau tidak mendapat pekerjaan akibat memiliki tubuh badan yang tidak sempurna, dan juga menjadi buah mulut orang ramai.
Ketika diminta ulas punca beliau kehilangan sebelah tangannya, Zubir berkata, semasa berusia empat tahun, akibat termasuk tangan ke dalam mesin kek di kilang roti milik keluarganya, tangannya putus dan dia dikejar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, pada ketika itu, walaupun doktor cuba sedaya mungkin untuk membedah semula tangan yang putus itu, namun akibat komplikasi penyanyi tempatan itu hilang tangan sebelahnya buat selama-lamanya.
Penyanyi itu turut ujar, beliau akan sentiasa ingat budi rakan-rakannya yang susah senang bersama, sehingga beliau berjaya memikat hati orang ramai dengan lagu yang menyatukan perpaduan dalam negara ini.
Zubir yang hanya berpendidikan sampai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), menasihati generasi muda untuk sentiasa bekerja keras melakukan apa yang disukai dan digemari kerana pada satu hari nanti, pasti seseorang itu dapat berjaya dalam hidup kerana melakukan sesuatu yang disukai dengan semangat.