Malaysia

“Saya kembali, mari cipta sejarah!” – Manny Pacquiao

Lagenda tinju Filipina, Manny Pacquiao mengesahkan beliau akan kembali beraksi pada usia 46 tahun untuk mencabar juara bertahan kategori welterweight, Mario Barrios.

Ia dibuat menerusi satu hantaran di media sosial miliknya sekali gus mengesahkan laporan awal bulan ini mengenai kembalinya beliau ke gelanggang.

“Saya kembali, mari cipta sejarah!” tulis Pacquiao.

Perkembangan terbaharu bekas juara dunia itu turut menerima sambutan luar biasa daripada peminat sukan tinju di seluruh dunia.

Pacquiao, satu-satunya petinju dalam sejarah yang memenangi 12 kejuaraan dunia dalam lapan kelas berat berbeza.

Setakat ini, rekod kerjaya Pacquiao ialah 62 kemenangan, lapan kekalahan dan dua seri, dengan 39 kemenangan melalui knockout.

Pertarungan dijangka berlangsung pada 19 Julai di MGM Grand, Las Vegas, Amerika Syarikat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker