SCAM:Ahli perniagaan rugi RM200,000,terpedaya pembelian motosikal harga rendah, di Facebook

Kuala Lumpur, Jun 3 – Seorang ahli perniagaan lelaki, menjadi mangsa ‘Scam’, selepas terpedaya dengan sindiket pembelian motosikal dengan nombor pendaftaran pilihan melalui laman sosial Facebook dan menyebabkan kerugian sebanyak RM200,000.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din, lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp dengan melakukan tujuh pembayaran kepada sejak 24 hingga 28 Mei dengan jumlah keseluruhan lebih RM170,000 untuk pembelian tujuh unit motosikal berjenama Honda.
Mangsa kemudian menyedari ditipu selepas tidak menerima motosikal yang dijanjikan, dan bertindak membuat laporan polis semalam.
Mengulas lanjut, Mohamad Hatta Che turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya pihak yang menawarkan penjualan barangan secara dalam talian dengan harga rendah dan segera membuat semakan bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan.