Malaysia

Segera atasi kekurangan petugas kesihatan di hospital di Johor – Tunku Mahkota Ismail

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menzahirkan kebimbangan terhadap kesesakan luar biasa yang melanda beberapa hospital utama di Johor akibat kekurangan petugas kesihatan.

Baginda menitahkan kerajaan Persekutuan supaya segera mengisi kekosongan jawatan dalam sektor kesihatan bagi memastikan hospital dapat beroperasi sepenuhnya dan memenuhi keperluan rakyat.

Antara hospital yang terjejas termasuk Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail dan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim.

Titah tersebut turut menyusul pembukaan Hospital Pasir Gudang yang dijadualkan mula beroperasi Ogos ini, langkah yang dilihat penting dalam memperkukuh sistem kesihatan negeri.

Pada 29 Jun lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata HPG yang diserahkan secara rasmi kepada KKM akan beroperasi secara berfasa mulai 1 Ogos ini.

Beliau berkata fasa awal operasi Hospital Pasir Gudang akan merangkumi perkhidmatan mustahak seperti Kecemasan (A&E), Obstetrik dan Ginekologi serta Pediatrik, dengan 274 perjawatan telah diisi setakat 29 Jun lepas dan sasaran operasi penuh melibatkan 1,845 petugas menjelang Julai 2026.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker