Kuala Lumpur,Sept 19 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) memperoleh jualan sebanyak RM347 juta dalam segmen maya Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) yang berlaku di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) semalam di Menara Matrade.
Difahamkan, program ini membolehkan lebih ramai pembeli antarabangsa untuk bertemu dengan pengeksport dan pembekal Malaysia yang berpotensi daripada pelbagai jenis industri.
Pengarah Bahagian Minyak dan Gas,Kimia dan Tenaga Matrade Idzham Abdul Hamid berkata jumlah sasaran jualan MIHAS untuk tahun ini sebanyak RM3.5 bilion dan sebahagian besarnya akan disumbangkan oleh program INSP.
Sementara itu, Pengarah R&D, Innovation and Sustainability, Mohamad Zulkurnain yang turut hadir untuk program itu berkata, beliau berasa teruja dapat bertemu dengan pembeli-pembeli daripada persada dunia untuk mengembangkan perniagaan beliau dalam membuat makananan haiwan akuatik dengan halal dimana kebersihan dipentingkan
Pengarah Avantcom International Sdn Bhd, Yazmeen Anshary pula berkata, platform seperti ini menjadi tulang belakang untuk meningkatkan pemasaran perniagaan ke peringkat antarabangsa dan peniaga seharunya rajin membuat ‘research’ bagi mendapatkan informasi yang relevan daripada pihak kerajaan kerana pelbagai peluang diberikan kepada peniaga dan mereka haruslah menggunakanya dengan sebaik mungkin.