Malaysia

Sekian lama berhujan, MetMalaysia ramal cuaca panas berterusan hingga hujung Mei

Musim hujan berterusan sejak kebelakangan ini dijangka berakhir selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca panas dan kering tidak menentu yang melanda negara akan berterusan sehingga pertengahan atau hujung bulan depan.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, keadaan cuaca sedemikian adalah fenomena biasa yang berlaku di luar fasa peralihan monsun iaitu pada penghujung musim Monsun Timur Laut dan musim Monsun Barat Daya.

Katanya, ketika fasa ini, keadaan cuaca lazimnya panas pada waktu tengahari dan menjadi lembap pada sebelah petang dan awal malam di kebanyakan kawasan.

Mohd Hisham berkata, keadaan tidak menentu itu disebabkan corak tiupan angin yang tidak konsisten dan sentiasa berubah arah.

Justeru kita menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker