Malaysia

Sekolah perlu PdPR ketika sidang ASEAN dikenalpasti – KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengenal pasti bilangan sekolah yang berkemungkinan berdepan masalah kesesakan lalu lintas sempena Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober depan.

Menteri, Fadhlina Sidek berkata sekolah terbabit akan dibenar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika persidangan berkenaan.

Jelasnya, terdapat perbincangan berkaitan PdPR ketika sidang ASEAN dan pihaknya sedang mengenal pasti sekolah-sekolah yang terlibat.

Ia bukan sekadar untuk memastikan kelancaran ASEAN tetapi juga sebagai mengurangkan kesesakan jalan raya pada ketika itu.

Terdahulu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan terdapat cadangan supaya PdPR dilaksanakan pada Mei dan Oktober depan bagi mengelak masalah kesesakan lalu lintas, terutama di Lembah Klang dan Putrajaya ketika Sidang ASEAN.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker