Malaysia

Sekolah Tamil Sungai Bakap: “Sampai bila pelajar, penduduk perlu tunggu?”

Isu pembinaan Sekolah Tamil Sungai Bakap terus berlarutan selepas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyatakan projek ini hanya akan diberi perhatian selepas kes mahkamah selesai.

Menurut Pengerusi MIC Pulau Pinang, Datuk J. Dhinagaran, kerajaan sebelum ini telah memperuntukkan RM3.5 juta untuk pembinaan sekolah, namun dana tersebut didakwa telah digunakan oleh pihak tertentu, yang kemudian membawa kes ini ke mahkamah.

Beliau mempersoalkan, adakah adil pelajar dan penduduk perlu menunggu bertahun-tahun sehingga kes ini selesai dan mempersoalkan nasib pembinaan sekolah tersebut sekiranya kes itu berlanjutan atau dibawa ke Mahkamah Rayuan.

MIC juga menegaskan bahawa semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap 2024, isu ini tidak pernah dimaklumkan kepada penduduk, dan mereka kini menuntut jawapan yang lebih konkrit.

Untuk itu, MIC berharap Ahli Parlimen Nibong Tebal dapat mencari jalan penyelesaian segera demi kepentingan pelajar dan penduduk setempat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker