Malaysia

Selepas banyak insiden, 8 NGO tuntut DBKL ubah Brickfields lebih mesra OKU

Lapan badan bukan kerajaan (NGO) menuntut supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menambah baik kemudahan asas di kawasan Brickfields.

Mereka mahukan kawasan itu dijadikan lebih inklusif serta mesra Orang Kurang Upaya (OKU) agar setiap individu dapat merasakan kebebasan untuk bergerak dengan lebih selamat dan selesa.

Pada masa sama, mereka menggesa agar DBKL mempergiat penyediaan kemudahan awam yang lebih mudah untuk diakses.

Perbuatan seperti meletakkan kenderaan sebarangan sehingga menghalang laluan OKU dan kenderaan berat diparkir di atas siar kaki menjadi punca utama kepada kemalangan yang berlaku.

Kesemua NGO tersebut sebulat suara menggesa DBKL memperhebatkan lagi penguatkuasaan supaya kemudahan yang sedia ada tidak disalahgunakan.

Kata mereka, pemasangan tactile hanya sia-sia jika kenderaan seperti motosikal dan kereta masih diletakkan sesuka hati, termasuk peniaga yang menyalahgunakan ruangan tersebut.

NGO yang terlibat adalah Independent Living and Training Centre Malaysia (ILTC Malaysia), Persatuan Kebajikan Dharmam Thalai Kaakkum Malaysia, Persatuan Kelab Golongan Orang Kurang Upaya, Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia (POKUAM), Global Human Rights Federation (GHRF) Persatuan OKU Sentral.

Selain itu, Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Malaysian Spinal Injuries Association (MASIA), Persatuan Hidup Berdikari untuk OKU Malaysia (PHBM) dan Malaysia Independent Living Association for Disabled (MILAD).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker