Malaysia

Selepas Terengganu, Selangor pula teliti keperluan haramkan vape

Selepas kerajaan Terengganu membuat pengumuman untuk menguatkuasakan larangan penjualan produk rokok elektronik (vape) di semua premis seluruh negeri mulai 1 Ogos ini.

Kerajaan Negeri Selangor pula kini meneliti secara menyeluruh keperluan untuk mengharamkan vape di negeri ini.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata satu mesyuarat bersepadu akan diadakan dalam masa terdekat bersama Pejabat Datuk Menteri Besar Selangor serta Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) bagi membincangkan perkara tersebut secara komprehensif.

Sementara itu, jelas Jamaliah, lesen perniagaan bagi penjualan peralatan elektronik di negeri ini dikawal selia oleh PBT dan buat masa ini, tiada lesen khusus dikeluarkan untuk penjualan rokok elektronik atau cecair vape.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker