Malaysia

Semangat kejiranan di bandar semakin luntur, tidak seperti di pinggir bandar – Menteri Perpaduan

Kehidupan di bandar-bandar besar yang serba sibuk dilihat semakin menghakis semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat, berbeza dengan suasana di pinggir bandar yang masih mengekalkan hubungan erat antara jiran.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, fenomena ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah turut menjadi budaya global apabila masyarakat bandar semakin bersikap tidak ambil peduli terhadap keadaan sekeliling.

Beliau berkata, walaupun tinggal bersebelahan di flat atau kondominium, ramai penduduk bandar tidak mengenali jiran mereka sendiri apatah lagi mengambil berat.

Justeru, konsep kejiranan yang menjadi teras penubuhan Rukun Tetangga (RT) wajar diperkukuh bagi memulihkan kembali nilai murni ini.

5:43-6:18 (MVI_2803.MP4) Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara
sebab itu konsep kerjiaran konsep yang kitab awa dlm rukun tetangga adalah konsep kejirananlah, sebab itu kita ingin memperkasakan lagi semua rukn tetangga yang ada dalam 8000 lebih krt kalau di bandar bandar besar ni takdalah, krt kebanyakannya di pinggir bandar Dimana kita ada Kumpulan Kumpulan population big population, this is where our rukun tetanggalah.

Beliau turut menyentuh cabaran perpaduan pada masa kini yang semakin rumit di kalangan golongan muda ekoran pengaruh media sosial yang sering menjadi medium penyebaran isu sensitif.

2:57-3:37 (MVI_2803.MP4) Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara
Sebab itu program kita byk tumpu kepada untuk membawa golongan mud aini yang mungkin tak faham sejarah, sejarah pembentukan negara Malaysia. Dan semua program kita menjurus kepada pengenalan dari dulu sbb skrg kita sudah tubuh majlis sejarawan, baru baru sahaja kita open ahli ahli majlis itu untuk dibawa kembali sejarah dulu dan sampai ke sekarang untuk dia fahami semua lapisan masyarakat termasuk golongan muda.

Sebagai rekod, KRT yang terdiri daripada lebih 8,500 anggota juga berperanan menjadi penghubung apabila timbul isu atau ketegangan dalam komuniti, termasuk yang tular di media sosial.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker