Malaysia

Sembilan kawasan kini catat IPU tidak sihat

Sebanyak sembilan kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 8 pagi Isnin, termasuk empat lokasi baharu di Pahang, Kuala Lumpur, Terengganu dan Melaka.

Antara kawasan terbaharu yang merekodkan peningkatan bacaan ialah Temerloh (156), Cheras (152), Kemaman (152) dan Bukit Rambai (103).

Alor Gajah kekal mencatat IPU tertinggi dengan bacaan 159, diikuti Nilai (158), Banting (155), Johan Setia (152) dan Putrajaya (123).

Sementara itu, hanya tiga kawasan dilaporkan mencatat tahap kualiti udara baik, manakala 56 lagi berada pada tahap sederhana.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker