Malaysia
Sempat ‘wheelie’ sebelum bertembung, penunggang maut bersama motosikal lain

Seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas melakukan aksi ‘wheelie’ dan bertembung dengan motosikal lain di Jalan Kutan, Tumpat, pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Tumpat, Mohd Khairi Shafie, insiden yang berlaku sekitar 12.15 tengah malam itu turut mengakibatkan pemboncengnya yang berusia 16 tahun cedera parah.
Penunggang motosikal yang berusia 53 tahun juga terlibat dalam kemalangan tersebut dan turut meninggal dunia.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.