Malaysia
Sempena cuti Hari Merdeka, dijangka 2.2 juta kenderaan lalu PLUS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari di rangkaian lebuh rayanya pada Jumaat dan 1 Sept ini.
Untuk itu, PLUS dalam kenyataan menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal untuk menikmati perjalanan yang lancar dan selesa.
MyPLUS-TTA dalam aplikasi PLUS telah ditambah baik bagi memudahkan pengguna merancang perjalanan bagi hari-hari puncak di luar musim perayaan di Lebuhraya PLUS dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).