Dunia

Serangan bom: Rakyat Malaysia dinasihatkan berwaspada ketika melancong ke Thailand

KOTA BHARU: Rakyat Malaysia yang merancang untuk melawat Thailand dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi langkah keselamatan negara itu susulan serangan bom baru-baru ini di Narathiwat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, menekankan kepentingan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang boleh mengancam keselamatan pelancong.

“Perjalanan ke Thailand sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk Kelantan kerana kedudukannya yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand.

“Namun, kejadian seperti letupan bom adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka. Sebelum ini, ada rakyat Malaysia yang pernah tercedera dalam serangan seperti ini.

“Saya menyeru para pelancong supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang serta peraturan di Thailand,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, hari ini.

Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia agar mengelak daripada terlibat dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang Thailand, kerana ia boleh menyukarkan kerajaan Malaysia dalam memberikan bantuan kepada mereka.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap pertanyaan mengenai serangan bom terbaru di Narathiwat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker