Malaysia

Sesiapa pun boleh memaafkan, tapi tindakan tetap perlu diambil – Sivakumar

Mereka yang meninggalkan komen berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama di media sosial bakal berdepan tindakan tegas, kata Presiden Majlis Kuil-Kuil Hindu & Persatuan Agama Hindu Malaysia (MAHIMA), Datuk N. Sivakumar.

Beliau menegaskan bahawa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), tindakan boleh diambil bukan sahaja terhadap individu yang memuat naik kandungan sensitif, tetapi juga mereka yang mengapi-apikan keadaan melalui komen.

Tambahnya, sesiapa pun boleh memaafkan sesiapa sahaja. Tetapi, tindakan tetap perlu diambil terhadap individu yang melampaui batas.

Sivakumar turut mencadangkan pembangunan aplikasi khas bagi membolehkan orang awam melaporkan komen berunsur perkauman dan penghinaan agama dengan lebih pantas.

Katanya lagi, tindakan ini bukan sekadar menghukum, tetapi sebagai pengajaran agar perkara ini tidak berulang pada masa depan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker