Malaysia
Setiap hari, 1.6 juta manusia jatuh sakit akibat makanan tidak selamat

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa seramai 1.6 juta orang di seluruh dunia jatuh sakit setiap hari akibat makanan yang tidak selamat, menjelang sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia.
WHO menggesa tindakan global yang lebih bersepadu dan berasaskan sains bagi menangani isu keselamatan makanan, yang menurutnya boleh dicegah jika semua pihak memainkan peranan.
Pihak berkuasa diminta melabur dalam peraturan dan sistem data yang kukuh, industri makanan perlu mengamalkan prosedur yang selamat.
Selain itu, institusi akademik digalakkan terus menyumbang melalui inovasi dan pendidikan, manakala pengguna pula disaran lebih peka terhadap pengendalian makanan harian.