Shah Alam, Puchong, Klang antara kawasan alami gangguan bekalan gas sehingga 20 April

Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia bakal mengalami gangguan bekalan gas akibat letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April 2025.
Kawasan yang terjejas termasuk Shah Alam, Klang, Serdang, Puchong, Batu Tiga, Kapar, dan beberapa kawasan zon utara.
Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa bekalan gas terhad dengan keutamaan diberikan kepada perkhidmatan kritikal seperti hospital dan penjanaan elektrik.
Pada masa sama, beberapa pengguna telah menerima notis sekatan sehingga 20 April.
Insiden ini turut mengganggu bekalan gas kepada empat stesen janakuasa utama, namun bekalan elektrik kekal stabil.
Langkah mitigasi seperti pengoperasian stesen janakuasa dan penggunaan bahan api alternatif sedang dilaksanakan.
ST juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pengguna terjejas dan terus memantau situasi.