Shebara Resort, destinasi percutian seperti di dunia masa depan

Shebara Resort, destinasi pelancongan mewah yang terletak di tengah Laut Merah terus menjadi tumpuan dunia kerana rekaan futuristiknya yang kelihatan seperti berada di alam yang lain.
Dikatakan mampu menandingi keindahan kepulauan Maldives, Shebara yang menjadi kebanggaan ekonomi pelancongan Arab Saudi ini dikelilingi lautan biru dan kelengkapan hotel serba mewah.
Bermula dengan harga kira-kira RM10,000 untuk satu malam, Shebara menjanjikan ekosistem marin yang terpelihara serta beroperasi sepenuhnya dengan tenaga boleh diperbaharui.
Setiap vila yang berbentuk ‘pod’ ini bukan setakat dilihat seperti berada di angkasa lepas, malah ia pernah dianggap sebagai resort yang direalisasikan menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Resort yang dilengkapi 38 buah vila atas air ini pasti mendapat sambutan ramai dengan gabungan terknologi inovatif serta pengalaman menikmati ekosistem laut paling sihat di dunia.