Malaysia

Shila Amzah diserang gara-gara sokong kenyataan Nabila Huda

Penyanyi, Shila Amzah mengakui hanya memberi sokongan kepada rakannya Nabila Huda berhubung isu keluarga yang hampir sama dengan pengalaman hidupnya, selepas tular dakwaan dirinya menjadi punca ‘kecoh’ dengan seorang penyanyi legenda baru-baru ini.

Tanpa menamakan Datuk Amy Search seperti didakwa ramai, Shila menjelaskan sokongannya terhadap kenyataan Nabila dalam aplikasi X sebelum ini lebih tertumpu kepada situasi ibu tirinya, bukan cuba mencampuri urusan keluarga orang lain.

Terdahulu, Shila mengejutkan peminat apabila mendedahkan dia ‘diserang’ oleh seorang penyanyi legenda ketika sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka. Shila turut membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan.

Bagaimanapun, penyanyi “Patah Seribu” itu tidak menolak kemungkinan memaafkan serta berdamai dengan individu terlibat, selagi ada perubahan sikap dan kesungguhan untuk memperbaiki keadaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker