Malaysia

Siapa kata jual jeruk mangga tak mampu beli jet peribadi? Aliff Syukri buktikan boleh!

Usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi mencuri tumpuan apabila mendakwa berjaya memiliki sebuah jet peribadi hasil pendapatan menjual jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.

Menerusi satu video di Instagram, Aliff dilihat menaiki jet peribadi berwarna hitam bersama isteri dan anak, sambil berkongsi keterujaan mereka terhadap pencapaian tersebut.

Dalam video itu, dia turut menunjukkan kemudahan mewah di dalam pesawat berkenaan yang kelihatan seperti model Cessna 172, salah satu model popular untuk kegunaan persendirian dan dianggarkan bernilai sekitar RM1.6 juta bagi unit baharu.

Terdahulu, Aliff pernah menjadi perhatian berhubung nombor plat Toyota Vellfire miliknya yang didakwa bernilai tinggi, namun beliau menafikan perkara itu dan berkata tidak mahu disiasat oleh LHDN.

Walaupun harga sebenar jet tersebut tidak disahkan, pencapaian ini tetap mencetuskan pelbagai reaksi, terutama apabila dikaitkan dengan hasil jualan jeruk mangga, satu produk usahanya yang turut melibatkan anak sulungnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker