Malaysia

“Siapa Zakir Naik nak ajar saya?” – Nazri Aziz

Bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengkritik kehadiran berterusan penceramah India, Zakir Naik ke Malaysia, menegaskan bahawa beliau tidak perlu diajar bagaimana menjadi Muslim atau berinteraksi dengan bukan Islam.

Nazri berkata Zakir Naik menghadapi masalah di India, tetapi datang ke Malaysia dan mahu mengajar rakyat tentang Islam.

Beliau menegaskan bahawa sebagai individu yang lahir di negara ini, rakyat Malaysia sudah lama hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama tanpa perlu diajar oleh pihak luar.

Kementerian Dalam Negeri pada 21 Februari lalu mengesahkan larangan berceramah terhadap Naik telah ditarik balik.

Naik, yang dikehendaki di India sejak 2016 atas dakwaan ucapan kebencian dan pengubahan wang haram, dipercayai menetap di Putrajaya selepas diberikan suaka pada 2018.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker