EksklusifMalaysia

Siber buli: Ibu tunggal mengalami tekanan jiwa, anaknya cuba bunuh diri; berterima kasih atas tindakan Menteri Komunikasi dalam 24 jam

Kuala Lumpur, Sept 10 – “Cukuplah, jangan ada lagi mangsa siber buli,” kata Ibu Tunggal, Olivia Lopez, dari Damansara yang juga merupakan mangsa siber buli sehingga mengalami tekanan jiwa dan mengundang anak perempuannya untuk bunuh diri.

Olivia ibu kepada empat orang anak berkata, disebabkan beliau bertukar agama dan mempraktik ‘Spritual Healing’ mencetuskan persoalan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan sesetengah pihak.

Olivia mendakwa perkara itu menjadi punca utama orang ramai di alam maya membulinya dan yang paling menyayat hati, ada juga menggunakan gambar beliau dan ahli keluarga menyunting dengan gambar lucah serta menjadikan bahan jenaka.

Susulan itu, Olivia yang juga ahli hipnotis yang bertauliah berkata beliau hadir ke Kementerian Komunikasi bersama-sama dengan laporan polis serta bukti yang relevan untuk mendapatkan bantuan daripada menterinya Fahmi Fadzil.

Mengulas lanjut, wanita itu berkata, cukuplah Malaysia hilang satu nyawa akibat siber buli, iaitu Esha, dan turut memohon supaya mangsa siber buli tidak hanya diamkan diri malah bertindak meminta bantuan dengan segera.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker