Malaysia

Sindiket minyak enjin ciplak kaut untung jutaan ringgit diserbu

Tiga premis yang disyaki menjalankan kegiatan membotol dan mengedar minyak enjin menggunakan cap dagangan palsu diserbu dalam operasi bersepadu di Ara Damansara dan Kepong, Petaling Jaya pada malam Selasa.

Siasatan awal mendapati sindiket itu dipercayai membotolkan semula minyak enjin sebelum meletakkan label jenama terkenal pengeluar kenderaan tempatan dan antarabangsa secara tidak sah serta menggunakan alamat palsu pada botol berkenaan.

Mereka kemudian memasarkannya melalui platform perniagaan dalam talian serta media sosial dan telah beroperasi selama dua hingga tiga tahun. Sindiket ini dipercayai mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil jualan minyak enjin berkenaan.

Seramai 13 individu termasuk tujuh warga asing dari Bangladesh serta Sri Lanka ditahan hasil risikan hampir dua bulan tersebut.

Polis masih menyiasat sumber bekalan minyak enjin yang digunakan sindiket ini, manakala nilai keseluruhan rampasan dalam ketiga-tiga serbuan juga masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 102 1(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker