Sindiket Pelacuran Atas Talian Tumpas, 67 Individu Ditahan
Polis Bukit Aman menyerbu lima premis pelacuran di ibu negara dan Genting Highlands yang dipromosikan melalui dua laman sesawang, selepas risikan selama seminggu.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata sindiket ini menawarkan perkhidmatan seks wanita dari Vietnam, Thailand, Laos, dan Indonesia dengan bayaran RM1,200 bagi sesi empat jam. Pelanggan diarah ke hotel atau rumah urut selepas persetujuan melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.
Dalam serbuan bermula jam 3 petang semalam, polis menahan 67 individu termasuk empat rakyat tempatan yang bertindak sebagai pengendali laman sesawang dan penghantar pelacur.
Sebanyak 56 wanita warga asing berusia 21 hingga 54 tahun turut ditahan. Rampasan termasuk wang tunai RM11,490, kondom, tuala, tisu, minyak urut, 15 telefon bimbit, dan dua perakam CCTV.
Kes disiasat di bawah pelbagai seksyen Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen. Semua tangkapan diserahkan kepada IPD Sentul, Cheras, dan Bentong untuk tindakan lanjut.