Malaysia
Singapura Tarik Balik Biskut Oatmeal Malaysia

Pihak berkuasa Singapura mengarahkan penarikan semula biskut oatmeal jenama Happy Family dari Malaysia selepas mendapati ia mengandungi susu yang tidak dinyatakan pada label.
Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), peraturan makanan negara itu mewajibkan label produk menyenaraikan bahan yang boleh menyebabkan alahan. Oleh itu, pengimport CMM Marketing Management Pte Ltd diarahkan untuk menarik balik produk tersebut.
Pengguna yang alah atau tidak toleran terhadap susu dinasihatkan agar tidak memakannya dan mendapatkan nasihat perubatan jika perlu.