Malaysia

Sistem konsesi parkir bukan perkara baharu di Selangor

Pelaksanaan pengurusan tempat letak kereta secara konsesi sebenarnya bukan sesuatu yang asing di Selangor, malah sudah digunakan sejak 1996 lagi.

Terbaharu, kerajaan negeri memperkukuh pendekatan ini dengan menaik taraf sistem sedia ada melalui konsep Smart Intelligent Parking (SIP), yang akan bermula 1 Ogos ini.

Melalui kerjasama antara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dengan syarikat swasta, inisiatif ini bukan sahaja menyeragamkan sistem parkir di seluruh PBT tetapi juga menyokong agenda Smart Selangor.

Sebanyak RM200 juta dilaburkan bagi pembangunan infrastruktur TLK Pintar termasuk pemasangan kira-kira 1,800 CCTV di lokasi strategik yang bukan saja membantu memantau parkir malah meningkatkan keselamatan bandar.

PBT pula tidak perlu menanggung kos operasi dan dijangka menerima hasil lebih tinggi berikutan pendigitalan serta pemantauan berpusat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker