Uncategorized

Sistem pengesanan had laju “point-to-point” belum berfungsi

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum memulakan ujian sistem pengesanan had laju dari titik ke titik (point-to-point) menggunakan kamera Sistem Kesedaran Automatik (AWAS) versi baharu.

Menurut Kementerian Pengangkutan, tarikh pelaksanaan projek perintis ini masih belum ditetapkan dan sebarang maklumat lanjut akan diumumkan kelak.

Ujian awal sistem ini dirancang untuk dijalankan di dua laluan utama iaitu Lebuhraya Karak (antara Terowong Genting Sempah ke hentian Gombak) dan Lebuhraya PLUS (antara Plaza Tol Senawang ke Simpang Ampat, Alor Gajah).

Lokasi berisiko tinggi seperti laluan Terowong Menora ke hentian Sungai Perak di Lebuhraya PLUS turut dalam perancangan.

Sistem ini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengira purata kelajuan kenderaan antara dua lokasi.

Jika kenderaan tiba lebih awal daripada masa sepatutnya mengikut had laju, saman akan dikeluarkan secara automatik berdasarkan nombor plat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker