Malaysia

Sisters in Islam tukar nama kepada SIS Forum (Malaysia)

Kumpulan hak wanita yang selama ini dikenali sebagai Sisters in Islam kini secara rasmi menggugurkan penggunaan nama tersebut dan akan dikenali dengan nama pendaftarannya, SIS Forum (Malaysia).

Keputusan itu dibuat susulan nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan kebimbangan terhadap penggunaan istilah ‘Islam’ dalam nama dan penerbitan kumpulan berkenaan yang dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Langkah itu diluluskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 11 Julai lalu, sebagai tindak balas kepada gesaan supaya perkataan ‘Islam’ tidak lagi digunakan dalam sebarang bentuk penerbitan atau platform yang dikaitkan dengan organisasi berkenaan.

Sultan Selangor sebelum ini turut menyatakan rasa dukacita terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyatakan fatwa bertarikh 31 Julai 2014 hanya terpakai kepada individu, bukan kepada syarikat atau pertubuhan seperti SIS Forum (Malaysia).

Meskipun tidak lagi menggunakan nama lamanya, SIS Forum (Malaysia) tetap komited dalam perjuangan hak wanita Islam khususnya berkaitan kesaksamaan dan keadilan dalam undang-undang keluarga Islam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker