Malaysia

Skytrax:AirAsia dinobat Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Tahun ke-15

Kuala Lumpur, Jun 25 – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia sekali lagi melakar sejarah, diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024 yang menandakan pencapaian bersejarah bagu 15 tahun berturut-turut.

Menurut kenyataan AirAsi hari ini, semasa menerima anugerah tersebut di London pada hari Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata: “Skytrax menetapkan piawaian global dalam kualiti dan kecemerlangan syarikat penerbangan, dan kami berbangga  untuk mencapai penanda aras ini selama 15 tahun berturut-turut.

Tiada syarikat penerbangan lain yang telah mencapai rekod kemenangan seumpamanya dan kami amat berbesar hati akan pencapaian ini,katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax Edward Plaisted mengucapkan tahhniah kepada AirAsia atas pengiktirafan cemerlang di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2024 yang berlangsung di ibu kota United Kingdom,semalam.

Mengulas lanjut kenyataan itu berkata, Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax dikenali sebagai “Anugerah Oscar” dalam industri penerbangan yang ditentukan oleh jutaan pengembara antarabangsa dan sebagai penanda aras global bagi kualiti dan kecemerlangan syarikat penerbangan, AirAsia berjaya menjuarai kategori itu selepas bertanding dengan lebih 325 buah syarikat di persada dunia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker