Malaysia

Sokongan padu kepada Nurul Izzah penting untuk kekuatan PKR – Ramanan

Timbalan Ketua Penerangan I PKR, Datuk Seri R. Ramanan menyatakan bahawa Nurul Izzah Anwar wajar diberi sokongan penuh untuk jawatan Timbalan Presiden PKR jika parti mahu meningkatkan pencapaian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau merujuk kepada kejayaan Nurul Izzah semasa memegang jawatan Pengarah Pilihan Raya PKR pada PRU-14, di mana parti itu berjaya memenangi hampir 50 kerusi Parlimen, pencapaian tertinggi dalam sejarahnya.

Ramanan yakin jika Nurul Izzah kembali memegang peranan penting dalam parti, PKR berpotensi memperoleh sehingga 70 atau 80 kerusi.

Tambahnya, kehadiran aktif Nurul Izzah dilihat penting untuk mengembalikan kekuatan parti yang menyusut, terutamanya selepas PKR hanya memenangi 31 kerusi pada PRU15.

Mengulas kritikan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli terhadap dirinya, Ramanan enggan membalas, sebaliknya menegaskan kesetiaannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengajak ahli membuat pilihan secara bijak.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa sokongan masyarakat India terhadap PKR semakin merosot, dengan menyatakan pelbagai program khas telah dijalankan untuk komuniti tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker