Malaysia

SPM 2024: 14,179 calon raih semua A – pencapaian terbaik sejak 2013

PUTRAJAYA – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencatat sejarah sebagai yang terbaik dalam lebih satu dekad, dengan Gred Purata Nasional (GPN) meningkat kepada 4.49 berbanding 4.60 pada 2023.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata, seramai 14,179 calon memperoleh semua A (gred A+, A, A-) dalam semua subjek, meningkat berbanding 11,713 calon pada tahun lalu.

Bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurangnya gred C dalam semua mata pelajaran juga naik kepada 86,040 berbanding 83,112 pada 2023. Seramai 136,791 calon atau 36.1 peratus lulus semua mata pelajaran.

“Jurang prestasi antara calon bandar dan luar bandar juga semakin kecil, dengan perbezaan hanya 0.02 mata,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pendidikan hari ini.

Secara keseluruhan, 355,933 calon layak menerima sijil SPM – iaitu 94 peratus daripada jumlah keseluruhan calon, meningkat berbanding 93.5 peratus pada tahun sebelumnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker