Malaysia
SPRM: Bekas Datuk Bandar Johor ditahan, terima rasuah RM1 juta
Kuala Lumpur, Jun 2 – Seorang bekas Datuk Bandar negeri Johor telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang kerana menerima rasuah.
Menurut sumber, lelaki berusia 63 tahun itu telah ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira jam 4 petang semalam.
Tangkapan itu dibuat susulan dakwaan suspek telah menerima wang rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan kerana telah meluluskan projek di Majlis berkenaan sekitar tahun 2020 hingga 2021.
Sementara itu,Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan terbabit dan suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru pagi tadi dengan 12 pertuduhan di atasnya.