Malaysia

SPRM lebih aktif dalam kes-kes individu yang ‘melawan’ Anwar – Rafique

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid, menerusi kenyataan media, mempersoalkan ketelusan SPRM dalam menangani kes rasuah selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, disiasat berhubung rampasan wang tunai dan harta bernilai RM170 juta.

Beliau mendakwa SPRM lebih agresif terhadap individu yang ‘melawan’ Perdana Menteri, tetapi berdiam diri dalam kes lain, termasuk DNAA Timbalan Perdana Menteri, skandal RM1 bilion Hei Tech Padu, dan isu rasuah DBKL serta ADUN Sabah.

Tegasnya, selagi SPRM tidak diletakkan di bawah Parlimen, ia akan terus dilihat sebagai alat politik.

Beliau turut mengingatkan bahawa Perdana Menteri sendiri pernah disabitkan kesalahan salah guna kuasa, dan tindakan memilih sasaran hanya mengukuhkan persepsi bahawa rasuah di negara ini beroperasi mengikut dua darjat.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker